TARIKH : 30 NOVEMBER 2016
TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
Majlis Perasmian dan Pelancaran Eksa MPTI telah dirasmikan oleh Tn. Azizan bin Hj. Abd. Muin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan pada 30 November 2016 jam 8.30 pagi bertempat di Perkarangan Pejabat MPTI. Majlis dimulai dengan ucapan dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan dan seterusnya beliau merasmikannya. Seterusnya sesi photografi Yang Dipertua MPTI bersama-sama ahli serta Jawatankuasa Eksa setiap Zon. Majlis kemudiannya diteruskan dengan aktiviti gotong-royang oleh setiap ahli zon mengikut zon masing-masing.